Simpan backup supaya data boleh dipindah ke versi penuh.
Pelepasan cukai
Resit terkini
Butiran resit
Pecahan kategori
Pecahan kategori
Belanja syarikat (asing)
Banding kategori
Keluarkan rekod▸
Maklumat peribadi
Bajet bulanan
Belanja syarikat
Komitmen bulanan
Tema background
Enjin imbas
Kunci app (PIN)
Folder simpanan resit
App bungkus semua resit jadi satu ZIP berstruktur supaya senang disimpan/dikongsi sekali gus. Extract guna Files, RAR atau ZArchiver, dan folder penuh terus wujud:
MyReceipt 2026/
INDEX.csv
2026-08 Ogos/
2026-08-12_Kedai-Hardware_RM65.00_a1b2c3.pdf
2026-07 Julai/…
Backup & pulih
Simpanan
Dalam storan tersendiri app ini di telefon — bukan fail biasa, jadi ia tak muncul dalam File Manager. Ia kekal walau app ditutup atau telefon restart.
Data akan HILANG kalau:
• App di-uninstall
• Tetapan telefon → Apps → MyReceipt → Storage → Clear Data
Fail backup ialah satu-satunya salinan yang boleh dibawa keluar telefon. Simpan dalam awan atau komputer anda.
Tentang
Ciri utama
- Imbas resit melalui kamera, galeri atau PDF — OCR percuma dalam telefon
- Mod AI pilihan untuk resit yang sukar dibaca
- Kategori dan subkategori, senarai item, odometer untuk minyak
- Statistik bulanan, banding kategori dan carta ikut bulan
- Bajet bulanan dan penanda pelepasan cukai
- Eksport CSV, penyata PDF dan folder ZIP bersama lampiran
- Backup dan pulih, kunci app dengan PIN, empat tema paparan
Privasi & data
Resit dan lampiran anda disimpan dalam telefon ini sahaja. Tiada akaun, tiada pelayan kami, tiada iklan dan tiada penjejakan. Nama pengguna yang anda masukkan juga disimpan dalam telefon ini sahaja dan tidak dihantar ke mana-mana.
Internet digunakan hanya bila perlu: enjin OCR dan pembaca PDF dimuat turun sekali dari rangkaian CDN awam (jsDelivr dan Cloudflare). Jika anda memilih enjin AI, gambar resit dihantar terus dari telefon anda ke penyedia AI tersebut (Anthropic atau DeepSeek, ikut pilihan anda) menggunakan kunci anda sendiri.
Fail backup dan eksport hanya keluar daripada telefon bila anda sendiri menyimpan atau berkongsinya. Memadam app atau data app memadam semua resit — simpan fail backup secara berkala.
Komponen pihak ketiga
Enjin OCR untuk membaca teks daripada imej resit.
Pembaca PDF oleh Mozilla untuk resit berformat PDF.
Terma & penafian
App ini dibekalkan "sebagaimana adanya" (as-is), tanpa jaminan dalam apa jua bentuk. Pembangun tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kesilapan pengiraan atau kehilangan data yang timbul daripada penggunaan app ini.
Bacaan OCR dan AI boleh tersilap. Semak semula setiap rekod sebelum menggunakannya untuk tuntutan rasmi atau pemfailan cukai. Had dan syarat pelepasan cukai hanyalah rujukan — sahkan di laman LHDN.
Sokongan
Untuk bantuan, cadangan atau versi penuh, hubungi pembangun (JonyKruger) melalui e-mel irfan@irfanresources.com. Sertakan nombor versi di atas dan terangkan masalah yang anda lihat.
Dibina di Malaysia.