14 HARI Percubaan percuma — tiada kad kredit

Snap resit.
Biar AI yang rekod.

MyReceipt membaca tarikh, jumlah, nama kedai dan senarai barang daripada resit anda — kemudian tunjuk dengan jelas ke mana duit anda pergi setiap bulan.

Android & iPhone Bahasa Malaysia & English Disegerak ke awan Sedia untuk LHDN
MyReceiptTambah resit
✦ MEMBACA…
KEDAI RUNCIT SRI MAJU
No 12, Jln Merbok · 08000 Sg Petani
18/10/2026#INV-20418
Beras 10kg32.90
Minyak masak 5kg29.50
Telur gred A x3013.80
Susu segar 2x14.80
JUMLAHRM 91.00
DuitNow QRTerima kasih
Jumlahauto
Kedaiauto
Tarikhauto
Kategoriauto
Itemauto
✓ Resit disimpan — RM 91.00
✦
Dibaca oleh AI5 medan diisi sendiri
💰
Bajet Oktober72% digunakan
🧾
Pelepasan cukaiDitanda automatik
🗂️
Resit pudar & hilangResit thermal pudar dalam beberapa bulan. MyReceipt simpan gambar asal bersama setiap rekod.
🤷
"Duit habis ke mana?"Lihat belanja ikut kategori dan bulan — tanpa perlu buka Excel.
⏰
Kelam-kabut musim cukaiResit layak pelepasan cukai ditanda dan dijumlahkan sepanjang tahun.
Semua dalam satu app

Daripada resit kertas kepada
gambaran kewangan yang jelas

Setiap ciri direka untuk resit Malaysia — RM, SST, DuitNow, Touch 'n Go, Petronas dan seterusnya.

✦

Imbas resit dengan AI

Snap gambar, pilih dari galeri atau muat naik PDF e-invois. MyReceipt membaca resit dan mengisi borang untuk anda — anda cuma semak dan simpan.

  • Kenal pasti GRAND TOTAL termasuk SST, bukan subtotal atau baki
  • Tarikh, kedai, lokasi, no. resit, cara bayar dan senarai barang penuh
  • OCR percuma dalam telefon, atau baca dengan AI DeepSeek melalui prompt siap
  • Lencana AUTO & ANGGAR — anda tahu medan mana perlu disemak
📊

Belanja bulanan

Carta bar bertindan setiap bulan, warna ikut kategori. Tekan satu bulan untuk terus lihat butirannya.

🍩

Pecahan kategori

Carta donat dan peratus untuk 30 kategori — makanan, runcit, minyak, bil, kesihatan dan banyak lagi, lengkap dengan subkategori.

🔍

Ringkasan & banding

Bandingkan bulan ini dengan purata bulan-bulan lepas. App beri kesimpulan — kategori mana naik, mana paling berjimat.

🎯

Bajet bulanan

Tetapkan had belanja, dan bar kemajuan berubah warna bila anda hampir melebihi.

OktoberRM 2,118 / 2,950
🏢

Peribadi vs syarikat

Resit fleet card atau kad syarikat dikesan automatik dan diasingkan — tak bercampur dengan belanja peribadi. Jejak status dituntut / belum dituntut.

PeribadiRM 2,118
SyarikatRM 640
📌

Komitmen bulanan automatik

Ansuran rumah, kereta, bil api, bil air, insurans dan hibah ditambah sendiri setiap bulan pada tarikh yang anda tetapkan.

🏠 Rumah🚗 Kereta💡 Bil api💧 Bil air☂️ Insurans
📤

Eksport sekali tekan

CSV untuk Excel, penyata PDF bersama salinan resit, folder ZIP tersusun ikut bulan, atau kongsi ringkasan terus ke WhatsApp.

☁️

Selamat di awan

Log masuk dengan e-mel. Resit dan gambar disegerakkan ke akaun anda — tukar telefon pun data kembali.

🎨

Rupa ikut citarasa

Tema Cerah, Gelap, Dakwat, Klasik dan Mawar. Tukar bahasa BM ⇄ EN bila-bila masa.

Cuba sendiri

Lihat ke mana duit anda pergi

Ini contoh paparan statistik MyReceipt dengan data sampel enam bulan. Tekan bar bulan dan tukar tab untuk meneroka.

Belanja bulanan · 2026

Ringkasan

* Data sampel untuk tujuan demo sahaja.

Semudah 1-2-3

Mula rekod dalam masa kurang seminit

No.0001

Daftar percuma

Buka MyReceipt dalam Google Chrome, daftar dengan e-mel. Percubaan 14 hari bermula serta-merta.

No.0002

Snap resit

Ambil gambar, pilih dari galeri atau PDF. AI isi tarikh, jumlah, kedai dan kategori.

No.0003

Lihat gambaran

Statistik bulanan, kategori, bajet dan cukai dikemas kini sendiri setiap kali anda simpan.

Musim cukai tanpa stres

Pelepasan cukai dijejak sepanjang tahun

Tanda resit sebagai Gaya hidup, Sukan, Pelancongan, Pendidikan, Perubatan atau Insurans/Takaful. MyReceipt menjumlahkan ikut tahun taksiran dan tunjuk baki had rujukan — jadi bila tiba masa e-Filing, semuanya sudah tersusun.

Pelepasan cukai2026
Gaya hidupRM 1,240 / 2,500
Baki RM 1,260 daripada had rujukan
SukanRM 860 / 1,000
Hampir capai had — semak sebelum beli lagi
PelanconganRM 150 / 1,000
Fi masuk muzium, zoo & taman tema

Had ialah rujukan umum. Sentiasa sahkan syarat terkini di hasil.gov.my sebelum memfailkan.

Kira sendiri

Berapa banyak masa anda boleh jimat?

Anggaran: ~3 minit untuk rekod satu resit secara manual berbanding ~30 saat dengan imbasan.

Masa dijimat setahun20 jam
Resit direkod setahun480
Itu bersamaan dengan2.5 hari bekerja
Tiada risiko

Cuba semua ciri, percuma 14 hari

Tiada kad kredit. Tiada had ciri. Jika anda suka, teruskan dengan langganan tahunan RM 60.00 — kurang RM 5 sebulan.

14HARI PERCUMA

Akses penuh MyReceipt

Bermula automatik sebaik anda mendaftar.

  • Imbas resit tanpa had — kamera, galeri & PDF
  • Statistik bulanan, kategori, ringkasan & banding
  • Bajet, pelepasan cukai & komitmen bulanan
  • Asingkan belanja syarikat & status tuntutan
  • Eksport CSV, penyata PDF & ZIP
  • Segerak awan & pulih data bila tukar telefon
🎁 Daftar & mula percubaan

Selepas 14 hari?

Teruskan dengan langganan tahunan — hanya RM 60.00 setahun. Bayar sekali untuk akses penuh 365 hari.

  1. Buka Akaun › Langganan & bayaran
  2. Bayar melalui pindahan bank atau DuitNow QR
  3. Muat naik bukti bayaran dalam app
  4. Langganan aktif sebaik diluluskan — baki percubaan tidak hilang
🔒 Jika anda tidak melanggan, resit anda kekal selamat dan boleh disimpan sebagai fail backup.
Soalan lazim

Ada soalan?

Betul ke percuma 14 hari? Perlu masukkan kad kredit?

Betul. Percubaan 14 hari bermula automatik sebaik anda mendaftar dengan e-mel, dan anda tidak perlu memasukkan kad kredit. Semua ciri boleh digunakan sepanjang tempoh percubaan.

Perlu bayar AI atau kunci API untuk imbas resit?

Tidak. OCR terbina dalam telefon adalah percuma. Untuk resit yang sukar dibaca, MyReceipt sediakan prompt siap — kongsi resit ke app DeepSeek, tampal jawapannya, dan borang diisi sendiri. Pengguna mahir juga boleh memasukkan kunci API sendiri dalam Tetapan.

Telefon apa yang disokong?

Android dan iPhone. Buka MyReceipt dalam Google Chrome, kemudian tambah ke skrin utama supaya ia dibuka seperti app biasa.

Adakah data saya selamat?

Resit disimpan dalam telefon anda dan disegerakkan ke akaun awan peribadi anda yang dilindungi log masuk e-mel dan kata laluan. Jika anda tukar atau hilang telefon, log masuk semula dan data dimuat turun kembali.

Boleh guna untuk tuntutan syarikat?

Boleh. Tandakan resit sebagai Syarikat (fleet card dikesan automatik), jejak status dituntut / belum dituntut, dan eksport penyata PDF bersama salinan resit sebagai lampiran.

Apa jadi selepas percubaan tamat?

Anda boleh melanggan secara tahunan melalui pindahan bank atau DuitNow QR terus dalam app. Jika anda belum melanggan, data anda tidak dipadam — anda masih boleh menyimpan fail backup semua resit.

Resit seterusnya anda, biar MyReceipt yang uruskan.

Daftar hari ini dan nikmati 14 hari akses penuh — percuma.

🎁 Mula percubaan percuma Tiada kad kredit · Batal bila-bila masa · Android & iPhone
Cuba MyReceipt percuma14 hari · tiada kad kreditMula